MAKLUMAT AM

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan , berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

VISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

MISI PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

 

OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS

  1. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas
  2. Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
  3. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
  4. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
  5. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang Pendidikan Khas.

 

MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas Selaras dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan


VISI PROGRAM

 Program Pendidikan khas Integrasi SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at

BERSAMA-SAMA KE ARAH KEHIDUPAN BERMAKNA.

 

 MISI PROGRAM

Kami Berusaha :

  •  Mewujudkan pengurusan program yang berkesan
  • Membina persekitaran dan prasarana kondusif.
  • Mendisiplin dan memotivasi murid ke arah sahsiah yang cemerlang.
  •  Menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti setempat.
  • Menjadi program pilihan masyarakat.
  •  Mendidik murid menjadi insan yang seimbang menurut JERIS.

 

 MOTO PROGRAM

”MUAFAKAT DAN PROGRESIF”

  

PIAGAM PELANGGAN

Adalah menjadi tanggungjawab setiap warga PPKI SMK Tan Sri Osman Mohd Sa’at untuk:

  • Sentiasa bekerjasama dan menjalin hubungan baik dengan ibu bapa, masyarakat setempat dan agensi luar untuk kecemerlangan pelaksanaan program.
  • Sentiasa berusaha menangani isu dan masalah secara musyawarah bersama ibu bapa, pihak pentadbiran dan pihak-pihak yang berkaitan ke arah menyediakan penyelesaian terbaik terhadap sebarang permasalahan bersama berkaitan pendidikan.
  • Bersedia menerima perkongsian idea pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan program.
  • Sentiasa prihatin terhadap keperluan dan kebajikan pelbagai pihak yang berurusan dengan program.

 


No comments:

Post a Comment